Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ramasamy, Zairil kalah pemilihan DAP P Pinang
Diterbitkan:  Nov 18, 2018 8:20 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy dan exco negeri Zairil Khir Johari kalah dalam pemilihan DAP Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilantik semula sebagai anggota lantikan dalam barisan kepimpinan baru DAP Pulau Pinang.

Ia merupakan keputusan yang drastik memandangkan Zairil sebelum ini undi ketiga tertinggi dalam pemilihan DAP pada 2015. Sementara Ramasamy mendapat undi keenam tertinggi dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal mendapat tempat dalam 15 tertinggi pemilihan peringkat negeri.

DAP, tidak seperti parti lain, tidak memilih calon bagi jawatan tertentu.

Sebaliknya, calon bersaing untuk merebut 15 undi tertinggi.

Susulan pemilihan itu, pemenang yang mendapat tempat dalam 15 undi tertinggi akan memilih sesama mereka bagi jawatan tertentu.

Lima anggota lain turut melalui pelantikan, yang selalunya dilantik dari kalangan calon yang kalah, untuk membentuk 20 anggota jawatankuasa negeri.

Akhbar berbahasa Cina Kwong Ywah Yit Poh melaporkan bahawa Zairil ditanya sama ada kekalahannya mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Zairil dipetik berkata bahawa beliau tidak pasti dan enggan membuat spekulasi berhubung perkara itu.

Zairil sebelum ini berkahwin dengan bekas calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud selepas bercerai pada Mac.

Barisan pimpinan baru DAP Pulau Pinang adalah seperti berikut:


Pengerusi: Chow Kon Yeow

Timbalan Pengerusi: Jagdeep Singh

Naib pengerusi I : P Ramasamy (lantikan)

Naib pengerusi II : Zairil Khir Zohari (lantikan)

Setiausaha: Lim Hui Ying

Pembantu setiausaha: Yeoh Soon Hin

Bendahari: Wong Hon Wai

Pembantu bendahari: Law Heng Kiang

Setiausaha organisasi: Jason H’ng Mooi Lye

Pembantu setiausaha organisasi: Lay Hock Peng, Teh Lai Heng

Setiausaha publisiti: Sim Chee Keong

Pembantu setiausaha publisiti: Syerleena Abdul Rashid (co-opted)

Pengarah pendidikan politik: Soon Lip Chee


Anggota jawatankuasa:

Phee Boon Poh

Ramkarpal Singh

Ng Wei Aik

Phee Boon Chee

RSN Rayer (lantikan)

Lim Siew Khim (lantikan)


[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS