Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM diarah lepaskan pengarah sebuah badan antarabangsa

Mahkamah Majistret Putrajaya mengarahkan Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) A Sundra Rajoo dibebaskan, sekali gus menolak permintaan reman tujuh hari yang dipohon SPRM.

Peguam AIAC memberitahu bahawa SPRM tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan Sundra Rajoo, seorang pegawai kanan yang dilindungi bawah Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992.

“Pengarah itu, yang dilantik sebagai pegawai kanan bawah Akta 485, tidak tertakluk pada sebarang penahanan dan penangkapan bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961,” kata peguam Kamraj Nayagam dan Cheow Wee.

Terdahulu, Sundra Rajoo ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sundra Rajoo ditahan malam tadi selepas hadir ke pejabat SPRM, dua hari selepas pejabat AIAC diserbu pihak berkuasa.

Menurut The Malaysian Insights, SPRM turut menyoal siasat beberapa kakitangan AIAC atas dakwaan Sundra Rajoo menggunakan dana kerajaan untuk mendapatkan bantuan menteri lama dan baru bagi memanjangkan kontraknya sebagai pengarah.

Dakwaan itu muncul selepas sepucuk surat layang dihantar kepada SPRM dengan salinan kepada peguam negara, ketua polis negara, menteri luar, presiden Majlis Peguam dan beberapa pegawai kanan kerajaan,

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS