'Belanjawan 2019 elak k'jaan habiskan peruntukan hujung tahun'
Diterbitkan: Nov 21, 2018 8:51 PM | Dikemas kini: Nov 21, 2018 8:53 PM
PARLIMEN | Belanjawan 2019 yang dirangka berdasarkan keperluan dapat mengelakkan perbelanjaan menghabiskan peruntukan kerajaan pada setiap hujung tahun yang disifatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai "beli-belah musim perayaan Krismas."
"Cuba habiskan bersungguh-sungguh pada akhir tahun ini macam yang disebut Christmas shopping.
"Ini sesuatu kita hendak hindarkan. Sebab itu kita buat zero-based budget (belanjawan berdasarkan keperluan)," Lim memberitahu Dewan Rakyat hari ini.
Di bawah kaedah belanjawan berdasarkan keperluan, semua perbelanjaan masa lalu, sekarang dan akan datang perlu mendapat justifikasi.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.