Pelajar tahfiz digalakkan bercampur-gaul dengan pelajar bukan Islam bagi mengelakkan sikap mengangga
Mohamed Hatta berkata, ia juga boleh mengelakkan mereka "sesat dari kemanusiaan".
"Saya takut bukan saja sesat dari agama tapi juga sesat dari kemanusiaan.
"Saya percaya al-Quran itu benar dan saya juga sokong (sekolah) tahfiz.
"Tapi saya bimbang kalau pelajar sekolah tahfiz tidak bercampur dengan orang bukan Islam," katanya pada forum bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.
"Saya bimbang dia akan jadi apa yang orang Inggeris kata - self righteousness," katanya.
Tambah Mohamed Hatta, tindakan "proaktif dan realistik" perlu diambil bagi mengelakkan maslaah 'self-righteousness' tersebut.
Beliau memberi contoh aktiviti seperti makan bersama-sama antara pelajar sekolah tahfiz dan sekolah Cina yang boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu.
Mohamed Hatta turut mengingatkan agar pelajar sekolah tahfiz tidak mengabaikan subjek lain yang boleh mengayakan pemikiran.
