Terjemahan Sepasukan anggota polis dari balai Brickfields dihantar untuk memeriksa sebuah konsert sempena sambutan Tahun Baru di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur kerana ia disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Brickfields, ACP Mohd Dzuraidi Ibrahim memberitahu demikian ketika dihubungi semalam berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh para aktvitis yang tidak puashati dengan serbuan tersebut.

Mereka mengadu, pihak polis telah membuat serbuan ke majlis tertutup itu dan sesetengah daripada mereka yang ditahan pula, telah disoalsiasat dengan kasar.

Ada juga pihak yang memandang berat serbuan tersebut yang ia dikaitkan dengan alasan moral yang membabitkan muzik 'Black Metal'.

Mohd Dzuraidi menjelaskan bahawa serbuan itu adalah sebahagian daripada operasi rutin pihak polis selepas menerima maklumt daripada orang ramai.

"Kita mempunyai alasan untuk mempercayai mereka terbabit dengan pengaruh minuman keras dan dadah, manakala sesetengahnya pula berkelakuan ganas ketika itu," katanya memperjelaskan sebab 365 orang ditahan dalam serbuan tersebut.

Selepas menjalani ujian, tujuh daripada mereka didapati positif dadah manakala yang lainnya dibebaskan kemudiannya. Satu laporan perubatan pihak hospital sedang disiapkan bagi mengesahkan dadah yang mereka digunakan.

Tiga lagi ditahan mengikut Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 kerana didakwa mengedar risalah tanpa permit sewaktu serbuan itu dibuat pada jam 10.45 petang.

Seorang lagi, yang dikatakan bertanggungjawab menganjur konsert tersebut, sedang disiasat mengikut Seksyen 4 ((1)(b) Akta Hiburan kerana gagal menunjukkan permit hiburan.

Keempat-empat mereka dibebaskan dengan ikatjamin polis. Mereka diarah hadir di balai polis berkenaan pada 15 Januari apabila tempoh ikatjamin mereka tamat.

Sidang akhbar

Mengenai dakwaan bahawa konsert tersebut bertema This Year's Final Threat (Ancaman Terakhir Tahun Ini) adalah satu majlis peribadi dan tertutup, Dzuraidi bertanya: "Jika ianya satu majlis peribadi, mengapa penganjurnya menjual tiket pada orang ramai?"

Ditanya sebab mengapa syarikat televisyen swasta TV3 dibenarkan menemubual tahanan terbabit ketika mereka berada di balai polis, Dzuraidi berkata, ia dilakukan dengan kerelaan para tahanan sendiri.

Katanya, mereka telah diberi jaminan bahawa apa juga komen mereka kepada pihak media tidak akan digunakan terhadap mereka di kemudian hari.

"Ianya bukan satu kesalahan. Mereka(TV3) mungkin mahu tahu mengapa mereka (tahanan) menghadiri konsert tersebut...(ia bukan dilakukan) untuk mensensasikan penahanan mereka," katanya.

Rakaman temubual tersebut ditayangkan dalam Buletin Utama pada 1 Januari lalu, tetapi wajah tahanan yang ditemubual itu dikaburka. Enam tahanan menghadiri sidang akhbar itu dan menjawab soalan Dzuraidi dan para wartawan.

Menurut tabloid Harian Metro, sesetengah soalan yang dikemukakan oleh Dzuraidi kepada enam tahanan tersebut termasuk:

Pernahkah kamu menghadiri festival'Black Metal' sebelum ini?

Adakah kami sedar bahawa perhimpunan (di tempat itu) adalah salah dan menyalahi undang-undang?

Apakah kami setuju jika saya katakan aktiviti terbabit adalah tidak sihat?

Apakah pendapat kamu mengenai budaya'Black Metal'?

Mengapakah minuman keras dijual di festival muzik'Black Metal' sedangkan sebahagian besar mereka yang menghadirinya adalah belia-belia Islam?

Adakah benar tidak wujud unsur-unsur penyembahan Syaitan dalam muzik kami? Mengapakah risalah yang dirampas pihak polis mempunyai perkataan Syaitan dan simbol Yahudi dan perkataan f***'?

Adakah kamu rasa festival ini yang membabitkan pergaulan bebas antara beberapa ratus lelaki dan peremuan ketika dalam perhimpunan itu, tidak bermoral?

Para aktivis juga mengkritik para wartawan yang mereka dakwa tidak beretika ketika mengemukakan soalan kepada enam tahanan terbabit.

Nasihat polis

Mengenai dakwaan bahawa polis menafikan sekurang-kurangnya seorang daripada tahanan tersebut menemui peguam, Dzuraidi berkata, adalah tidak mungkin untuk memenuhi permintaan itu pada saat-saat sedemikian.

Peguam N Surendran, yang berada di balai polis tersebut selama dua jam selepas serbuatn berkenaan, mendakwa pihak polis tidak membenarkan pelanggannya menemui peguam, dan perbuatan itu melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Ketika itu kita sedang dalam proses (penyediaan) dokumen dan kita tidak dapat memenuhi permintaannya itu. Kita perlu memproses dokumen untuk 365 orang pada malam itu. Bukannya kami tidak mahu (membenarkan Surendran menemui pelanggannya). (Dia sepatutnya) biarkan kami selesaikan tugas kami terlebih dahulu," kata Dzuraidi.

Sementara itu, Dzuraidi menasihatkan para beliau supaya mendapatkan maklumat lanjut sama ada pihak penganjur konsert yang mahu mereka hadiri, mempunyai permit yang sah atau tidak.

"Bila (pihak penganjur) memohon permit, kita akan mengambilkira aspek keselamatan, laluan trafik dan banyak lagi aspek lain sebelum kita memberi kelulusan.

"Jika majlis tersebut mempunyai unsur-unsur yang tidak bermoral dan melanggar ajaran agama, kita tidak akan membenarkannya. Para beliau tidak seharusnya mengikut kawan atau trend secara membuta-tuli. Mereka patut menjaga kebaikan diri mereka sendiri," katanya. Berita asal