Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya bukan ancaman kepada sesiapa dalam Umno - Najib
Diterbitkan:  Nov 22, 2018 4:28 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Bekas presiden Umno Najib Razak menafikan bahawa dirinya adalah ancaman dalam usaha beliau membantu penggantinya, Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkuatkan parti itu.

“Masa sekarang ini saya bantulah presiden parti dan rakan-rakan saya untuk menguatkkan Umno, itu peranan saya, saya harap tak ada siapa yang khuatir apa yang saya lakukan.

“Saya bukan ancaman kepada sesiapa, saya cuma nak menawarkan diri saya sebagai pemimpin Umno berdasarkan kepada pengalaman saya, saya akan bantu untuk menguatkan Umno.

“Tetapi saya tak boleh lakukan secara diri saya, saya kena harap pada rakan-rakan untuk bantu sama-cara collective, itu saya harap, saya akan terus mainkan peranan,” katanya dalam satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Abdul Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi ini.

Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas kekalahan gabungan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Terdapat desakan di kalangan beberapa pemimpin Umno supaya Najib tidak campur tangan dalam hal ehwal parti kerana beliau kini dianggap sebagai liabiliti terbesar kepada parti pembangkang.

Mengulas lanjut, Najib berkata, masih ada harapan untuk Umno kembali semula jika anggota parti itu bersatu dan mempunyai hala tuju yang jelas.

“Jika kita masih sayang kepada Umno, maka kita ada commitment kepada Umno dan pokok sekali kita mesti ada hala tuju yang jelas pada Umno.

“Kalau ada ini semua dan kalau ada keberanian untuk berjuang sebagai pembangkang, kita masih ada harapan lagi untuk kita kembali kepada zaman gemilang satu hari nanti, insya-Allah,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS