Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes maki promoter: Polis selesai rakam keterangan Edi Rejang

Pihak polis selesai merakam keterangan Mohamad Edi Mohamad Riyars yang juga dikenali sebagai 'Edi Rejang' dan wanita promoter berkenaan semalam.

Ini susulan kejadian memaki-hamun seorang promoter minuman keras di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tersebut.

“Edi Rejang sudah ambil kenyataan malam tadi. Kita akan lengkapkan siasatan dan akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, DAP menawarkan bantuan untuk menemani Edi ketika proses merakam kenyataan kepada pihak polis.

Peguam DAP, KA Ramu yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berkata Edi Rejang tidak hadir bagi merakam kenyataannya hari ini kerana urusan itu telah diselesaikan lebih awal.

“Saya percaya Edi mempunyai peguamnya, saya datang ke sini hanya untuk membantunya merakam kenyataan tapi tidak mewakili dia, jika dia memerlukan bantuan undang-undang yang boleh kami tawarkan kepadanya,” katanya.

Pada malam Selasa lalu, lelaki itu membuat permohonan maaf kepada mangsa dan orang ramai, menerusi klip video berdurasi 45 saat di laman sosial.

“Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut.

“Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” kata Edi.

Kontroversi tercetus apabila rakaman seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang promoter yang menawarkan perasa percuma di bahagian tidak halal di sebuah pasar raya baru-baru ini menjadi tular.

Lihat Komen
ADS