Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Larry Sng menyangkal desas-desus beliau akan dilantik menjadi pengerusi parti itu di Sarawak.

Sng menjadi satu-satunya pemimpin Sarawak yang menang pemilihan MPP Ahad lalu.

Beliau berkata mahu menumpukan masanya terhadap peranan barunya dan juga tugasnya sebagai anggota parlimen Julau.

"Memandangkan saya baru menang jawatan MPP, saya berhasrat untuk memberi tumpuan terhadap peranan baru ini dan memastikan saya dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada kepimpinan tertinggi PKR, khususnya presiden (Anwar Ibrahim) dalam usaha beliau mengukuhkan parti dan mempersiapkan dirinya untuk menjadi perdana menteri.

"Untuk Sarawak, saya merancang memberi tumpuan kepada Julau," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Sarawak ada hak autonomi 

Sng menyertai PKR selepas pilihan raya umum ke-14 lalu. Sebelum ini, beliau merupakan presiden Sarawak Workers' Party yang kini sudah tidak lagi aktif, anggota Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan pernah menjawat ahli majlis tertinggi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Beliau pernah menjadi penolong menteri kerajaan negeri Sarawak dari 2004 ke 2011.

Sng berkata beliau tidak berminat mengejar jawatan parti lagi.


BACA: 'Kamu sibuk apasal, apa masalah?'


Perlembagaan PKR memperuntukkan Sarawak memiliki autonomi untuk melantik pengerusi negerinya, tidak seperti negeri-negeri lain, yang mana presiden parti akan melantik pengerusi negeri.

Ketua Penerangan PKR Sarawak, Vernon Kedit sebelum ini mengkritik Sng kerana mengatakan presiden parti berhak melantik pengerusi negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar menegur seorang wartawan ketika ditanya mengenai pelantikan pengerusi PKR Sarawak hari ini.

"Kamu sibuk apasal? Apa masalah?" Soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS