Imuniti yang diberikan kepada bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), A Sundra Rajoo, yang menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan beliau, adalah tidak mengikut perlembagaan, kata peguam Arun Kasi.

Arun berkata, tiada rakyat Malaysia yang boleh diberikan imuniti di dalam negara kecuali ia mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

"Di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, tiada undang-undang yang boleh memberikan keistimewaan atau imuniti kepada rakyat Malaysia di dalam negara. Semua orang tertakluk dengan undang-undang.

"Kecuali ia diberikan dengan mengikut Perlembagaan, tiada diskriminasi terhadap rakyat yang dibenarkan atas alasan jawatan atau pekerjaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Putrajaya pada Rabu lalu menolak permohonan SPRM untuk mereman SUndra selama tujuh hari.

Peguam AIAC berkata organisasi mereka terletak di bawah Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika, maka, SUndra seharusnya dianggap sebagai diplomat.

Sundra sebelum ini sudah meletakkan jawatan berkenaan.

SPRM menyiasat Sundra kerana disyaki menggunakan dana kerajaan untuk mendapatkan untuk mendapatkan bantuan bagi melanjutkan kontrak sebagai pengarah AIAC.

Arun, yang membidas imuniti itu, berkata beliau sudah membuat aduan kepada SPRM berhubung pendrafan Akta Pembayaran Dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPA) yang mentadbir AIAC, termasuk peruntukan imuniti.

"Terbanyak banyak kejanggalan dikaitkan dengan akta itu yang menimbulkan keraguan yang kuat tentang bagaimana akta itu dipengaruhi untuk diluluskan dan siasatan SPRM untuk mengetahui sama ada terdapat amalan rasuah dalam menggubal akta berkenaan," katanya.

Arun turut menimbulkan kebimbangan berhubung ketelusan akta berkenaan dan kuantum caj yang dibenarkan untuk adjudikasi.

[Baca berita asal]