Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Penceroboh acu parang di leher pengerusi kuil’

Kumpulan yang didakwa menceroboh kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya hari ini dilapor menjadikan beberapa anggota jawatankuasa kuil itu sebagai "tebusan".

Menurut seorang ahli jawatankuasa Badan Bertindak Kuil Seafield, Elangovan Annamalai kira-kira 200 orang penceroboh terlibat dalam kejadian awal pagi hari ini. Pihak polis bagaimanapun menganggarkan jumlah itu sekitar 50 orang.

"Kekecohan bermula lebih kurang pukul 2.10 pagi. Kumpulan penceroboh lebih kurang 200 orang memasuki ke perkarangan kuil dan mencederakan penganut kuil yang bermalam di kuil.

“Mereka turut menjerit ini tanah 'One City' dan mengarahkan kami keluar dari kuil.

"Penceroboh juga mengambil lima anggota kuil sebagai tebusan termasuk Pengerusi Badan Bertindak Kuil, Ramaji dengan meletakkan parang di lehernya," katanya kepada Malaysiakini.

Elangovan mendakwa bahawa pihak polis hanya tiba pada jam 4.30 pagi dan tidak bertindak sehingga kumpulan penganut lain cuba mengusir penceroboh berkenaan.

"Kumpulan ini juga membaling batu dan senjata ke arah penganut India yang berada di luar kuil selepas pintunya dikunci. Namun, masih tiada tindakan dari pihak polis.

"Pada pukul 4.30 pagi, penganut yang yang berada di luar kuil memecah pagar dan masuk ke perkarangan kuil untuk mengusir kumpulan penceroboh ini. Masa itulah polis bertindak.

“Kami sangat kesal dan ini jelas satu tindakan berat sebelah," kata Elangovan yang menerima sepuluh 10 jahitan selepas mendakwa dicederakan dengan parang.

"Saya ada bukti rakaman video untuk (membuktikan) kenyataan saya," katanya.

Elangovan turut menafikan kenyataan pihak polis IPD Subang yang mendakwa bahawa kekecohan itu tercetus antara dua kumpulan India.

"Ia tidak betul. Saya ada lebih 30 kad pengenalan tercicir milik penceroboh,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak jawatankuasa kuil akan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang didakwa cuba mengelirukan orang ramai.

Lihat Komen
ADS