Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maszlee: Sensasikan berita negatif tak beri kesan baik hubungan kaum

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap media tempatan tidak "mensensasikan berita negatif semata-mata".

Maszlee berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung kantin berasingan mengikut bangsa yang diamalkan di sebuah sekolah mubaligh di Melaka.

Jelas Maszlee, laporan seperti itu tidak akan beri kesan baik pada hubungan antara kaum di Malaysia.

"Kita dalam buat berita, kita tak boleh sensasikan (berita) negatif semata-mata.

"Saya harap media paparkan 1,000 (berita) lain yang elok, ia akan beri pengajaran (kepada sekolah yang lain)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini.

Tambah Maszlee, laporan berita berhubung amalan sekolah di Melaka itu akan memberi gambaran seakan-akan ia terjadi di semua sekolah di seluruh Malaysia.

"Ia tidak akan memberi kesan yang baik dalam hubungan kaum," katanya.

Bagaimanapun, Maszlee menjelaskan bahawa beliau tidak dapat mengulas secara spesifik laporan yang mengatakan SMK St Francis di Melaka mempunyai dua kantin berasingan yang dikhususkan mengikut kaum.

"Saya kena lihat kembali kepada isu ini, bila saya tak ada maklumat payah nak buat kenyataan. Saya perlu dapatkan maklumat dan akan buat kenyataan selepas itu," katanya.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan SMK St Francis sebagai antara empat sekolah mubaligh dan beberapa sekolah lain yang mempunyai kantin berbeza untuk pelajar dan kakitangan muslim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS