Terjemahan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tengah hari tadi memerintahkan supaya kerja-kerja merobohkan bangunan sebuah sekolah rendah di Butterworth ditangguhkan.

Perintah Mahkamah Tinggi itu diperolehi jam 12.15 tengah hari - dua jam selepas Mahkamah Sesyen memutuskan SRJK Sin Chung di Pulau Pinang tidak mempunyai hak untuk menghalang pemaju hartanah Motif Era Sdn Bhd daripada merobohkan bangunan sekolah rendah itu dan mengambil semula tanah tersebut .

Keputusan mahkamah seksyen itu dibuat pada jam 10 pagi. Bagaimanapun, ketika perintah Mahkamah Tinggi itu dibuat, pagar, bangunan tandas dan kantin sudahpun dirobohkan oleh pemaju berkenaan. Kerja-kerja meroboh itu dilakukan sebaik sahaja Hakim Mahkamah Sesyen, Julie Lack mengumumkan keputusannya.

Terdapat 44 murid yang sedang menghadiri kelas di sekolah tersebut semasa kerja-kerja meroboh hendak dilakukan.

Bagaimanapun murid dan guru sekolah itu dijangka menghadiri sesi persekolahan seperti biasa esok dengan menggunakan bangunan dan peralatan yang masih ada.

Menurut salah seorang peguam sekolah tersebut, Khaw Veon Szu, Mahkamah Tinggi menangguhkan tindakan meroboh itu sehingga rayuan SRJK Sin Chung's didengar. Bagaimanapun belum ada tarikh ditetapkan untuk mendengar rayuan itu.

Sejumlah guru dan murid ternyata tidak dapat menahan perasaan dan menitis air mata selepas dimaklumkan mengenai keputusan Hakim Julie Lack.

Pihak sekolah juga telah mendapatkan lori-lori untuk memulakan segera proses pemindahannya. Bagaimanapun, tidak diketahui ke manakah sekolah itu akan ditempatkan sementara sehingga bangunan baru siap dibina.

Tindakan pemaju mahu merobohkan bangunan sekoalh itu telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Kehadiran penduduk di sekolah itu pagi tadi telah menyebabkan polis pencegah rusuhan dihantar untuk menutup sekolah tersebut.

Hanya beberapa kakitangan dibenarkan memasuki bangunan sekolah tersebut.

Ketegangan antara pihak sekolah rendah Cina itu dengan Motif Era telah tercetus sejak beberapa bulan lalu sehingga polis.

Sekolah vernakular itu yang terletak dalam kawasan pilihanraya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Kepala Batas menghadapi masalah apabila Motif Era mendapat perintah mahkamah untuk membersihkan kawasan tapak sekolah berkenaan untuk melaksanakan projek pembangunan.

Satu kawasan lain telah disediakan sebagai tapak gantian bangunan sekolah tersebut tetapi kerja-kerja pembinaannya masih tertangguh kerana pelan bangunannya belum diluluskan oleh pihak kerajaan. Berita asal