Jomo terima Anugerah Tokoh Akademik Negara
Diterbitkan: Nov 27, 2018 10:49 PM
Pakar Ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram antara tujuh penerima Anugerah Akademik Negara dalam Majlis Anugerah Akademik Negara ke-12 pada malam ini.
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang merupakan ahli akademik daripada Universiti Malaya itu menerima anugerah tersebut dari kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini.
Anugerah Akademik Negara merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada cendekiawan negara yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.
Antara kategori lain bagi anugerah tersebut merupakan Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Seni dan Kreativiti, Anugerah Oengajaran dan Anugerah Ahli Akademik.

