Jawatankuasa pusat MCA bincang kedudukan Datuk Koay esok
Jawatankuasa Pusat MCA (CC) dijadual bertemu esok bagi membincangkan kedudukan bekas Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Koay Kar Huah sebagai ahli exco kerajaan negeri.
Jawatankuasa Pusat MCA (CC) dijadual bertemu esok bagi membincangkan kedudukan bekas Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Koay Kar Huah sebagai ahli exco kerajaan negeri.
Sumber parti berkata, mesyuarat itu yang dijadual berlangsung di ibu pejabat parti itu dijangka membincangkan kedudukan Koay sebagai ahli exco negeri berikutan beberapa laporan akhbar mengenai perkara tersebut.
"Esok segala-gala akan jelas. Kini kita tak tahu (letak jawatan sebagai exco) atau kekal, kita tak tahu. Pastinya kita akan bincangkan perkara itu esok," katanya.
Akhbar melaporkan bahawa Koay dijangka meletak jawatan sebagai ahli exco berdasarkan perjanjian yang dibuatnya dengan kepimpinan MCA.
Beliau dijangka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tan Cheng Liang yang juga setiausaha pengelola MCA negeri, sebagai ahli exco.
Menurut laporan Bernama, Koay yang juga ahli CC ketika ditanya sama ada beliau akan terus memegang jawatan itu, menolak spekulasi mengenai kemungkinan meletak jawatan.
Beliau menegaskan bahawa tidak ada perubahan dalam barisan MCA negeri.
Koay truut menafikan mengetahui perjanjiannya dengan kepimpinan MCA selepas pilihanraya umum 2004 bagi melepaskan jawatan itu menjelang akhir tahun lalu.
Majlis presiden
Pada 19 Disember, majlis presiden MCA bermesyuarat membincangkan kedudukan Koay dan seorang pemimpin kanan MCA dipetik sebagai berkata bahawa majlis itu memberi kebebaskan kepada Koay memilih sama ada meneruskannya (sebagai ahli exco) atau menghormati perjanjian berkenaan.
Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan majlis itu terpaksa membuat keputusan berkenaan setelah Koay mendakwa tandatangannya pada surat perjanjian itu dipalsukan dan mengancam membuat laporan polis mengenainya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang ditanya sama ada Koay telah menghantar surat perletakkan jawatan sebagai ahli exco, enggan mengulas tetapi sebalikya meminta media mendapatkan jawapan daripada kepimpinan MCA.
Dalam pemilihan parti 28 Ogos lalu, Koay mengumpul undi tertinggi di kalangan pemimpin MCA Pulau Pinang yang bertanding jawatan CC. Beliau mendapat tempat dalam CC tetapi tidak dilantik sebagai timbalan ketua MCA negeri.
Presiden parti Datuk Seri Ong Ka Ting menggantikan ketua MCA negeri Datuk Wong Kam Hoong dan timbalannya Koay, masing-masing dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy dan Lau Chiek Tuan, ahli exco penggal pertama dan bekas setiausaha MCA negeri.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.