Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat tetapi tidak akan mampu menjadikan segalanya percuma, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara akan ketiadaan wang jika kerajaan menanggung kos sara hidup rakyat.

"Kita (PH) janji dalam manifesto untuk sedaya-upaya mengurangkan kos sara hidup rakyat, tetapi pada masa sama jika kos sara hidup rakyat itu ditanggung kerajaan, kita tidak akan selamatkan apa-apa (wang untuk digunakan kerajaan).

"Ini kerana wang kerajaan datang daripada cukai yang dipungut daripada rakyat. Apabila kerajaan guna wang (untuk kurangkan kos sara hidup), kita guna wang rakyat.

"Dengan itu kita perlu tanggung sara hidup yang lebih tinggi," katanya lagi.katanya ketika pelancaran Skim Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 Rapid KL di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan sentiasa mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak untuk mengurangkan kos sara hidup di negara ini.

"Macam-maca cara difikirkan kerajaan untuk bantu rakyat dan kalau ada pihak yang tahu bagaimana untuk mengurangkan (beban rakyat), kita sedia terima dan mengakjinya...Ini termasuk untuk kurangkan kos perjalanan dan barangan di kedai dan pasar.

"Sudah tentu kalau semua nak bagi percuam, itu kita tidak mampu," katanya lagi.

Berkenaan pas tanpa had My100 dan My50, Mahathir berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos perjalanan.

Skim itu menyediakan akses tanpa had untuk perkhidmatan pengangkutan RapidKL dengan kadar RM100 sebulan (untuk bas dan tren) dan RM50 sebulan (untuk bas sahaja).

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, ia akan membantu pengguna di Lembah Klang menjimatkan kos pengangkutan.

"Misalnya, orang yang tinggal di Kajang dan kerja di KLCC perlu belanja RM280 sebulan. Dengan My100, dia jimat sekurang-kurangnya RM180.

"Ia pastinya memberikan kelegaan kepada mereka di Lembah Klang, dan mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS