Seorang pengurus besar rakyat asing yang berkhidmat di Penerbangan Malaysia, telah meletakkan jawatan berikutan kontroversi mengenai gaji yang dibayar kepadanya.

Pengurus besar kanan syarikat penerbangan itu, Chris Andrews, menjadi sasaran selepas didapati syarikat yang mencatatkan kerugian itu, membayarnya gajinya sebanyak RM7,525 sehari.

"Saya boleh mengesahkan perletakan jawatannya. Ianya terkandung dalam satu pekeliling dalaman," seorang pegawai syarikat penerbangan itu kepada AFP.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan enggan memberitahu butir-butir lanjut atau alasan perletakan jawatan tersebut.

Pihak pembangkang mengkritik apa yang disifatkan mereka sebagai tabiat perbelanjaan mewah oleh syarikat penerbangan itu selepas pendedahan mengenai gaji yang tinggi dibayar kepada kakitangan rakyat asing.

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pula menyifatkan perbelanjaan syarikat penerbangan itu sebagai "mengejutkan dan tidak boleh diterima" serta menyifatkan pembelian lukisan bagi ibupejabat sebagai satu pembaziran.

RM1.55 juta beli lukisan

Syarikat penerbangan itu dilaporkan telah membeli tiga lukisan dengan harga RM1.55 juta.

Sebelum ini, Penerbangan Malaysia itu mengumumkan kerugian bagi dua suku tahun berturut-turut sehingga bulan September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, kerajaan bersedia memberi pinjaman bagi membantu syarikat itu kembali mencatat keuntungan, tetapi menolak sebarang langkah menyelamatkannya, seperti pada masa-masa yang lalu.

Pada tahun 2001, berikutan dakwaan salahpengurusan, kerajaan memberi pegangan pengerusi ketika itu, Tan Sri Tajudin Ramli dalam syarikat tersebut dua kali lebih tinggi daripada harga pasaran, dan ia diikuti dengan langkah penstrukturan semula.

- AFP