China Press: Keputusan dalaman pihak akhbar, kata Ong Ka Ting
Peletakan jawatan dua editor kanan dan kenyataan maaf oleh harian Cina, China Press berhubung laporan mengenai peristiwa ketuk ketampi adalah semata-mata keputusan dalaman dibuat oleh pengurusan harian itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini.
Peletakan jawatan dua editor kanan dan kenyataan maaf oleh harian Cina, China Press berhubung laporan mengenai peristiwa ketuk ketampi adalah semata-mata keputusan dalaman dibuat oleh pengurusan harian itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini.
"Parti (MCA) biasanya tidak campurtangan dalam pengurusan akhbar berkenaan. Parti berpendapat akhbar itu harus bertanggungjawab terhadap pemberitaannya.
"Kami percaya pengurusan China Press memikul tanggungjawab terhadap laporan yang dibuat dan menangani isu itu secara profesional. Kami tidak akan campurtangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu selama lima jam di Wisma MCA di sini.
MCA menerusi cabang pelaburannya, Huaren Holdings Sdn Bhd menguasai 42 peratus saham Nanyang Press Holdings Bhd yang dibeli pada Mei 2001.
Nanyang Press Holding Bhd sebaliknya menguasai dua harian Cina Nanyang Siang Pau dan China Press.ementerian Keselamatan Dalam Negeri berpuashati dengan tindakan yang diambil oleh pengurusan akhbar China Press ekoran laporannya mengenai insiden ketuk ketampi dalam keadaan bogel.
Sementara itu, Timbalan Menterinya, Chia Kwang Chye berkata, pengurusan China Press menjawab surat tunjuk sebab daripada kementerian itu semalam yang memberikan penjelasan dan tindakan yang mereka laksanakan.
"Pengurusan (akhbar China Press) telah memberi jawapan mereka semalam. Apa yang saya boleh katakan ialah penjelasan itu memuaskan dan tindakan yang diambil juga memuaskan.
"Dengan ini, kami harap kita dapat bergerak ke hadapan dan isu ini tidak sepatutnya terus dieksploitasi," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Chia mengulas laporan akhbar bahawa dua editor kanan China Press meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab sepenuhnya ekoran penyiaran berita yang mendakwa wanita dalam video ketuk ketampi dalam keadaan bogel itu sebagai rakyat China.
Permit penerbitan
Menurut Bernama, suruhanjaya penyiasatan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat klip video terbabit mengesahkan wanita yang dipaparkan itu ialah wanita Melayu tempatan yang ditahan berikutan serbuan berkaitan dadah.
China Press dalam laporan muka depan edisi petangnya semalam mengumumkan peletakan jawatan oleh Ketua Pengarang Chong Choong Nam dan Ketua Pengarang Eksekutif Wong Siew Peng.
Penerbit akhbar harian itu dalam laporan muka depan juga memohon maaf setelah melakukan kesilapan kerana mengenal pasti wanita dalam klip video itu sebagai rakyat China.
Akhbar tempatan itu menyebut langkah yang diambil itu (memohon maaf dan meletak jawatan), bertujuan mengelak permit untuk menerbitkan edisi petang akhbar berkenaan daripada ditarik balik.
Kementerian memberikan surat tunjuk sebab kepada China Press bulan lalu yang memintanya memberikan sebab mengapa permit untuk menerbitkan edisi petang tidak boleh ditarik balik.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.