Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambrin jelaskan semuanya pada PAC esok
Diterbitkan:  Dec 3, 2018 8:51 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Bekas ketua audit negara Ambrin Buang berkata beliau akan memberi penjelasan penuh mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dalam pertemuan mereka esok.

"(Saya akan) beritahu cerita penug pada 4 Dis (esok)... Saya akan jelaskan semuanya. Biar mereka hakimi saja selepas itu," katanya seperti dipetik NST dalam laporan berita mereka hari ini.

Pada Okt lalu Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh membuat dakwaan bahawa laporan audit mengenai 1MDB dipinda namun ia dinafikan Ambrin.

Pada bulan lalu pula pengganti Ambrin, Madinah Mohamad, tampil membuat kenyataan bahawa memang ada pindaan pada laporan berkenaan dibuat. 

Kata Madinah pindaan berkenaan dibuat atas arahan Shukry Salleh yang ketika itu menjadi setiausaha sulit Najib Razak.

Arahan pindaan berkenaan kata Madinah dibuat pada 26 Feb 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit pembangkang ketika itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS