Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan audit 2017: PAC disaran siasat KBS, kementerian pengangkutan
Diterbitkan:  Dec 3, 2018 9:41 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) disaran menyiasat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pengangkutan berdasar Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Audit Negara Dr Madinah Mohamad berkata ini kerana terdapat beberapa perkara dan isu punitif yang perlu dilihat dan disusuli berhubung laporan membabitkan KBS dan Kementerian Pengangkutan.

"Ia bukan bermaksud kesalahannya sudah dibuktikan, tetapi perlu dijalankan siasatan lanjut. Contohnya jika seorang penjawat awam cuai, maka Jabatan Perkhidmatan Awam perlu menyelidikinya lagi.

“Kalau melibatkan pihak kontraktor, ia juga akan disiasat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pihak berkuasa. Jadi, ia tertakluk kepada siasatan lanjut, bukannya bermaksud kita sudah jatuhkan hukuman,” katanya dalam sidang media bersama Pengerusi PAC Dr Ronald Kiandee selepas menyampaikan buku laporan itu kepada jawatankuasa berkenaan.

Kiandee bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung kes-kes yang dimaksudkan membabitkan dua kementerian tersebut.

"Sebagai PAC, sudah tentu perkara yang ditekankan tadi kita akan siasat dalam PAC dan jawatankuasa akan berbincang," tambahnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS