Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Polis belum terima laporan bedah siasat kedua CEO Cradle Fund

Polis belum menerima laporan penuh bedah siasat kedua bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan untuk membolehkannya meneruskan siasatan terhadap kes bunuh itu, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

"Kita masih belum dapat laporan bedah siasat kedua.

"Kita memang mahu laporan itu secepat mungkin tetapi pihak yang mengendalikannya belum mengemukakannya kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan polis bersama Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung perkembangan siasatan kes itu.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. Ketika itu, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.

Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.

Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk mereman isteri dan menahan dua anak tirinya.

Pada 8 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham digali semula agar bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baru mengenai kematiannya.

Bedah siasat kedua diadakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lihat Komen
ADS