Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS, Umno patut kutip derma selamatkan Utusan - Wan Ji
Diterbitkan:  Dec 4, 2018 10:45 PM
Dikemaskini: 2:54 PM

Bersempena perhimpunan anti-Icerd pada 8 Disember ini, penceramah Wan Ji Wan Husin mencadangkan PAS dan Umno mengutip derma bagi menyelamatkan syarikat Utusan Melayu yang sedang bergelut masalah kewangan.

"Utusan Melayu, dalam sebutan Arab rasul Melayu lah. Ramai yang pernah menjadi mangsa fitnah rasul Melayu ini.

"Memandangkan dia ada kalimah "Melayu", elok sangat demo 8 Disember ini, PAS - Umno kutip derma kepada demonstran untuk selamatkan rasul Melayu ini.

"Kalau tidak pun, bantu meringankan bebanan rasul Melayu nak bayar hutang yang mereka kena bayar," kata Wan Ji pada suatu hantaran di media sosial malam ini.

Pada 21 September lalu, Kumpulan Utusan Melayu Berhad dilaporkan menawarkan VSS kepada separuh daripada kira-kira 1,400 kakitangannya akibat tidak mampu lagi menampung kerugian dan kos operasi yang tinggi.

Syarikat itu menerbitkan akhbar Utusan Melayu pada 1938.

Selain akhbar Utusan Malaysia, syarikat itu juga menerbitkan akhbar Kosmo! dan beberapa majalah termasuk URTV, Mastika dan Al-Islam.

Utusan juga berdepan masalah pembayaran gaji kakitangan baru-baru ini apabila terpaksa menunda pembayaran beberapa bulan lalu.

Lihat Komen
ADS