Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bangkai lembu ugutan bunuh untuk Salahuddin
Diterbitkan:  Dec 5, 2018 8:56 PM
Dikemaskini: 2:36 PM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menerima bangkai seekor lembu dan nota ugutan bunuh di hadapan pusat khidmat masyarakat DUN Simpang Jeram di Johor.

“Padanya terdapat sekeping kertas mengugut bunuh saya dan laporan polis telah dibuat.

“Pada awalnya saya lihat ia perkara kecil sahaja tetapi nampaknya polis memandang serius perkara ini kerana ia ugutan ke atas seorang menteri,” kata Salahuddin kepada Malaysia Dateline.

Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini kejadian pada 2 Disember lalu itu sedang disiasat pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis.

Bagaimanapun, sumber berkata tidak pasti punca kematian bangkai lembu tersebut.

"Tapi bangkai lembu itu pun kita tidak tahu, sama ada dilanggar atau dibunuh, sebab veterinar punya forensik tak keluarkan kenyataan lagi," katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kes ini.

Lihat Komen
ADS