Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penduduk Kelantan bakal berada di saf hadapan dalam himpunan bantah onvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) Sabtu ini, kata tokoh Umno negeri itu Annuar Musa.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, ia berikutan pengisytiharan cuti peristiwa pada Ahad ini oleh kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada penduduk negeri itu menyertai himpunan itu.

"Kelantan boleh menjadi benteng agama dan lambang kekuatan bangsa Melayu di negara ini. Kita merasakan Icerd mencabar Islam dan orang Melayu, jadi kita mahu turun menyertai perhimpunan.

"Tidak perlulah mempertikai keputusan kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini. Isu ini (Icerd) dianggap serius di Kelantan," katanya pada sidang media selepas Ceramah Grand Finale Himpunan Aman Bantah Icerd di Kota Bharu, malam tadi.

Terdahulu, keputusan kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum Ahad ini - sehari selepas himpunan itu - dikritik beberapa pihak termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Anwar berkata tidak wajar untuk mengisytiharkan cuti semata-mata untuk demonstrasi.

Turut hadir dalam program malam tadi ialah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dr Nik Zawawi Salleh; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Takiyuddin berkata Umno dan PAS - selaku parti orang Melayu dan Islam terbesar di negara ini - akan menggerakkan anggota masing-masing ke Kuala Lumpur bermula hari ini.

Beliau turut mengulang sasaran penyertaan 500,000 peserta dan yakin ia dapat dicapai.

Lihat Komen
ADS