Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mengalah lagi kepada pembuli - Ambiga ciap kekecewaannya
Diterbitkan:  Dec 7, 2018 3:24 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan membidas pembatalan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Sekali lagi mengalah kepada pembuli," ciapnya di laman Twitter.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pihak polis menyarankan Suhakam supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, esok yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail yang mengesahkan pembatalan itu, berkata, polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.

Beliau juga kecewa kerana kerajaan kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Dalam tweet terdahulu, Ambiga menyatakan tidak percaya dengan pembatalan itu.

"Arah Suhakam batalkan acara menyambut Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Wow! Ini adalah yang pertama.

"Jadi sekarang kita menyambutnya dengan membatalkan majlis dan bukan menganjurkannya! Hebat," katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS