Terjemahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menarik balik larangan penggunaan telefeon bimbit di sekolah kerana langkah itu "akan hanya mengundang masalah".

Sebaliknya persatuan itu mahu kerajaan mengekalkan larangan tersebut keranan menyifatkan alasan Kementerian Pelajaran utnuk berbuat demikian sebagai "amat lemah".

CAP menegaskan demikian sebagai mengulas laporan yang memetik Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon sebagai berkata, pihak kementerian memutuskan demikian berikutan semakin ramai pelajar yang memilik telefon bimbit.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "tidak menyenangkan", Presiden CAP, SM Mohamed (foto) seterusnya bertanya: "Bolehkah kita mengharapkan para pelajar mematuhi garispanduan penggunaan telefon bimbit ketika waktu persekolahan, sedangkan orang dewasapun tidak mematuhinya?"

"Pihak sekolah bukan sahaja perlu memantau panggilan telefon tetapi juga SMS. Apa yang boleh menyekat pelajar daripada menghantar jawapan peperiksaan kepada rakan mereka? Atau menggacau pelajar lain melalui telefon," soalnya.

Rampas telefon

Beliau menyifatkan langkah menarik balik larangan tersebut sebagai "hanya mengundang masalah" kerana guru-guru tidak akan dapat memastikan para pelajar mematuhi garispanduan, kerana mereka sendiri pun sudah dibebankan dengan tanggungjawab yang berat.

Menurut garispanduan tersebut, pelajar sekolah rendah dan menengah, hanya dibenarkan menggunakan telefon mereka pada waktu yang ditetapkan, iaitu sebelum dan selepas waktu sekolah, serta pada waktu rihat. Telefon mesti ditutup sewaktu dalam kelas, jika tidak ia akan dirampas.

Menurut Mohamed Idris, penggunaan telefon bimbit sepatutnya dihadkan kepada golongan remaja dan pihak sekolah boleh menyediakan kemudahan itu jika berlaku kecemasan atau timbul masalah membabitkan soal keselamatan yang memerlukan penggunaan telefon.

Seorang bapa kepada murid 11 tahun, ketika dihubungi malaysiakini , menyokong langkah menarik balik larangan tersebut untuk memudahkan komunikasi antara pelajar dan ibubapa mereka, tetapi dengan syarat para pelajar mematuhi garispanduan yang ditetapkan.

"Para pelajar sendiri mesti bertanggungjawab dan adalah menjadi tugas ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka supaya bertanggungjawab," katanya sambil menambah, anak perempuannya membeli telefon bimbit itu setahun lalu dengan wang simpanan, tetap hanya menggunakannya di rumah. Berita asal