Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis pelajar tak dapat buat sidang media di parlimen

Seorang aktivis pelajar diarah meninggalkan lobi parlimen hari ini selepas dia cuba mengadakan sidang media di situ.

Sharan Raj bersama sembilan lagi anggota Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) memasuki bangunan parlimen untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Merea sempat mengecam menteri itu kerana tidak bersungguh-sungguh menjamin kebebasan akademik dan berpendapat seksyen 15 dan 16 akta itu sepatutnya dimansuhkan sepenuhnya.

Mereka berkumpul di kawasan lobi parlimen menjelang tengah hari dan cuba bercakap dengan media namun tindakan itu segera dihalang petugas keselamatan.

Mengikut peraturan hanya anggota parlimen saya dibenarkan membuat sidang media di situ.

Diketuai Sharan, mereka kemudian bercakap kepada wartawan di salah satu sofa di kawasan lobi namun sekali lagi dihalang beberapa anggota keselamatan.

"Kami berpendapat (pindaan) ini mempunyai agenda politik. Ini bukannya memberi kebebasan kepada pelajar tetapi untuk membolehkan parti-parti politik memasuki kampus atas nama kebebasan.

"Ini bukan kebebasan yang kami mahu jadi kami tak setuju," katanya sebelum dia dibawa ke luar lobi oleh salah seorang anggota keselamatan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan pelajar terbabit tidak berpuas hati dan mereka membantah tindakan kakitangan di situ menarik Sharan keluar.

"Kami kamu nak kami keluar, kami boleh keluar sendiri, tak perlu tolak-tolak," kata salah seorang aktivis terbabit.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anggota Parlimen Petalin Jaya Maria Chin Abdullah, Rusnah Aluai (Tangga Baru) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) campur tangan dan cuba menenangkan keadaan.

Ketiga-tiga anggota parlimen itu akhirnya bercakap dengan aktivis GPA itu sebelum mereka diiringi keluar bangunan parlimen oleh setiausaha akhbar Maszlee, Shahrul Aman Mohd Saari.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS