Najib tinggalkan mahkamah 12.12pm
Bekas perdana menteri Najib Razak meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 12.12 tengah hari.
Beliau kelihatan tenang dan tersenyum kepada pemberita yang menunggu di pintu masuk mahkamah sebelum menuju ke kereta Proton Perdana hitamnya.
“Peguam saya dah buat kenyataan.
“Saya ada acara lain,” katanya kepada pemberita.
Najib turut sempat meluangkan masa bersalaman dengan beberapa penyokong yang setia menunggunya sejak pagi.
Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Mahkamah Sesyen membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan perlu dilunaskan hari ini
Timbalan Pendakwaraya Kanan Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan manakala Najib diwakili barisan pembelaan diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

