Bekas bendahari kesatuan pekerja MAS didakwa pecah amanah RM1 juta
Bekas bendahari Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia Semenanjung Malaysia (MASEU) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta dana kesatuan tersebut pada tahun 2002.
Bekas bendahari Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia Semenanjung Malaysia (MASEU) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan RM1 juta dana kesatuan tersebut pada tahun 2002.
Abdul Gani Mohd Amin, 60, dari Taman Bidara, Selayang bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.
Hakim Akhtar Tahir membenarkan Abdul Gani dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 hingga 5 Okt depan untuk perbicaraan.
Menurut lapora n Bernama, beliau juga mengarahkan Abdul Gani supaya menyerahkan semua dokumen perjalanan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Abdul Gani, seorang mekanik kanan pesawat, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Syarikat Concencrit Series Sdn Bhd di Jalan Medan Tuanku di Kuala Lumpur antara 6 Jun 2002 dan 28 Jun 2002.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Menurut Bernama, bagaimanapun, Abdul Gani terlepas hukuman sebatan jika didapati bersalah kerana faktor usia.
Dia diwakili oleh peguam Suria Kumar D. J. Paul manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Devanandan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.