Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelaburan Qatar: Menteri nafi apa disebut Khalid Samad

Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bahawa Qatar berminat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia.

"Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) telah menyebut bahawa mereka berminat untuk melabur di negara ini, tetapi (tidak ada) menyebut secara khusus mengenai projek ini (kereta nasional).

"Saya tidak tahu di mana dia (Khalid) mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dikatakan QIA ialah mereka mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini," kata Redzuan kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Cyberjaya hari ini.

Semalam, Khalid berkata "individu dari Qatar" berminat untuk melabur di Malaysia dan di dalam projek kereta nasional ketiga.

Mahathir sebelum ini mencetuskan idea projek kereta nasional ketiga.

Kabinet bersetuju dengan syarat projek berkenaan tidak boleh melibatkan dana kerajaan.

Perdana menteri juga sebelum ini berkata ada individu dari sektor swasta yang berminat melabur dalam projek itu.

Lihat Komen
ADS