Naib Presiden PKR Tian Chua tidak nampak sebarang isu dengan tindakan bekas rakan sejawatnya Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anggota parlimen Umno Khairy Jamaluddin.

“Ini bukan isu. Kita jumpa semua orang di pelbagai tempat, kita jumpa beragam manusia, ini negara bebas.

“Seseorang itu boleh jumpa siapa sahaja, seseorang itu juga boleh kritik mesyuarat,” katanya ketika ditanya perkara itu malam tadi selepas forum Bersih di Kuala Lumpur.

 Pertemuan Izzah dan Khairy turut disertai Rafizi Ramli yang tewas dalam pemilihan timbalan presiden PKR baru-baru ini.

Gambar pertemuan itu dimuat naik di Instragram, yang kemudian mengundang kritikan bekas naib presiden PKR N Surendran.

Bekas peguam Anwar itu menyifatkan tindakan itu sangat pelik dan mengejutkan kerana Khairy pernah menuduh Anwar main belakang dan kena saman.

Di tengah-tengah spekulasi pembentukan parti parti, Rafizi tampil menafikan perkara itu.

Sementara itu Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, berkata media tidak patut membuat spekulasi susulan pertemuan itu.

“Saya rasa kita tidak patut cuba tafsirkan setiap tindakan ahli politik,” katanya.

Nurul bagi saja menggemparkan politik negara dengan meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan pengerusi PKR di Pulau Pinang.

[Baca berita asal]