Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Inisiatif ADAM50 akan dihentikan pada akhir tahun - Zeti
Diterbitkan:  Dec 21, 2018 4:49 PM
Dikemaskini: 8:49 AM


Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Di bawah skim itu, bayi yang lahir pada 1 Januari 2018 hingga 2022 akan menerima simpanan awal RM200 melalui unit ASB (untuk Bumiputera) dan AS1M (untuk bukan Bumiputera) selagi kanak-kanak berkenaan didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran, tetapi simpanan itu hanya boleh dikeluarkan selepas kanak-kanak tersebut berusia 18 tahun.

Zeti berkata, sambutan untuk program itu agak rendah dengan hanya kira-kira 25 peratus daripada bayi yang dilahirkan pada 2018 telah didaftarkan setakat ini.

"Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk tujuan ini dan dana itu telah digunakan sepenuhnya. Memandangkan kedudukan kewangan kerajaan semasa perlu dikukuhkan, ia tidak akan dapat memperuntukkan dana tambahan.

"Jadi, lebihan RM10 juta yang disediakan kerajaan, PNB telah menyediakan peruntukan RM10 juta hingga 20 juta untuk memenuhi inisiatif itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS