Elie ditahan polis, Jawi turut siasat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil kenyataan dari ahli perniagaan Lubnan, Elie Yousef Najem dan isterinya, Farinnie Farid berhubung stautus perkahwinan mereka.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil kenyataan dari ahli perniagaan Lubnan, Elie Yousef Najem dan isterinya, Farinnie Farid berhubung stautus perkahwinan mereka.
Pengarah Jawi, Che Mat Che Alwi berkata, jabatannya menyiasat kes itu kerana pasangan tersebut kini tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebelum ini Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengesahkan bahawa pasangan tersebut tidak berkahwin di Kedah. Elie sebelum ini mendakwa ia menghawini isterinya di negeri itu. Jaik juga mendapati sijil nikah Elie dan isterinya adalah palsu.
" Semalam saya menerima faks dari Jaik berhubung kedudukan kes Elie ini. Saya sedang mengkajinya kerana mereka kini tinggal di Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama.
Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan para wartawan dan jurugambar yang menunggu ketibaan `hartawan' dari Lebanon itu yang telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Ibu pejabat Polis Bukit Aman.
Terdapat kira-kira 35 wartawan dan jurugambar berkumpul di luar dewan mahkamah, sesetengahnya tiba sejak jam 8.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, sehingga jam 11 pagi, 46, yang dijangka dihadapkan di mahkamah untuk mendapatkan tahanan remah, tidak muncul.
Elie difahamkan sebaliknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Difahamkan majistret telah mengeluarkan arahan tahanan reman ke atasnya di hospital berkenaan.
Elie mula menarik perhatian ramai awal bulan ini apabila media menyiarkan hasratnya untuk menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Nasional (Makna).
Bagaimanapun berita-berita berikutnya mulai menyiarkan laporan-laporan mengenai pelbagai dakwaan tentang penipuan yang dilakukan Elie, di samping pelbagai pendedahan lain.
Elie yang mendakwa memilki kekayaan bernilai AS$46 juta (RM175 juta), sudah berkahwin dengan seorang wanita tempatan, Farinnie Mohd Farid, 19, yang kini hamil tiga bulan.
Bagaimanapun Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan bahawa perkahwinan tersebut tidak pernah berlaku di Kedah dan sijil nikah yang diperolehi oleh pasangan itu adalah palsu.

