Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Peguam dan aktivis Siti Kasim hari ini memimpin sekumpulan 50 orang untuk menyerahkan suatu memorandum menyokong Menteri Perpaduan P Waythamoorthy di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.

Siti mendakwa sebanyak 211 NGO telah menandatangani memorandum yang ditujukan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu bagi menunjukkan dukungan mereka terhadap menteri di JPM itu.

"Walaupun apa yang dikatakan orang bahawa beliau tidak membuat tugasnya sebagai menteri perpaduan, saya ingin orang tahu di belakang tabir beliau telah bekerja keras untuk menyelesaikan masalah Orang Asli.

"Saya ingin orang ramai tahu bahawa (tanggung jawab) beliau bukan hanya untuk orang Hindu atau India seperti yang dikatakan orang tetapi beliau bekerja untuk kesatuan semua orang.

Waytha jadi 'kambing hitam'

"Saya tidak merasakan beliau telah mengetepikan mana-mana kaum atau sesiapa pun dengan berbagai kepercayaan," katanya kepada media dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Memorandum sokongan itu menyatakan Waytha telah dijadikan 'kambing hitam' dalam kejadian rusuhan di kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

"Menyalahkan menteri P Waytha terhadap rusuhan yang berlaku, atas kematian Muhammad Adib, sejak itu menjadikan beliau kambing hitam untuk apa yang telah terjadi dan akhirnya wujud desakan peletakan jawatannya.

"Hal ini suatu gangguan yang mudah daripada menangani masalah sebenar yang mempengaruhi negara kita, iaitu perkauman dan pelampau agama," katanya.

Acara penyerahan memorandum itu turut disertai Pengarah Eksekutif Sisters In Islam Rozana Isa, aktivis Azrul Mohd Khalib dan para penyokong OKU berkerusi roda dari Independent Living and Training Centre Malaysia.

Siti turut menegur Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menggesa Waythamoorthy meletak jawatan.

"Mereka (para menteri) bukan orang bodoh kecuali mungkin ada seorang yang tidak selari dengan menteri lain.

"Dia sepatutnya menjadi menteri bagi semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk Bersatu dan Armada (pemuda Bersatu). Ini bukan mengenai parti politik dia. Ada orang menghantar saya pesanan teks dan mengatakan betapa mereka cukup kecewa (dengan Syed Saddiq).

Para pengundi Saddiq terutamanya bukan Melayu dan dia telah mengecewakan ramai orang," katanya, sambil menambahkan bahawa Syed Saddiq telah berubah sombong apabila kumpulan Pro-Waythamoorthy mengkritiknya.

Dalam kenyataannya di Facebook dua hari lalu, Syed Saddiq berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan jika gesaannya supaya Waythamoorthy meletak jawatan dianggap salah.

Anggota parlimen Muar itu bertegas tidak berada dalam politik secara "bermain selamat" atau menjadi "pak turut."

Syed Saddiq juga berkata beliau tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan fikirannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS