Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Drama, kalau tak boleh tidur, bacalah doa, kata Najib
Diterbitkan:  Dec 26, 2018 11:41 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Warkah dari Codova untuk Nurul Izzah yang dicatatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa semalam terus menerima sindiran di laman sosial.

Turut mengulasnya adalah bekas perdana menteri, Najib Razak yang menganggap surat kepada ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebagai 'drama'.

"Lepas baca warkah Cordova. 'Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda'. Drama.

"Dah berapa malam tak tidur? Kalau masih tidak boleh tidur, bacalah doa mohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang," tulis Najib di Facebook.

Semalam Mujahid yang dalam perjalanan dari dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah yang dipaparkan kepada umum di Facebook beliau.

Dalam warkah sepanjang 25 perenggan itu Mujahid memanggil Nurul Izzah sebagai adinda dan membahasakan diri beliau sebagai kekanda.

Najib memetik salah satu ayat dalam warkah itu yang mana Mujahid mencoretkan bahawa beliau tidak boleh tidur kerana mengenangkan apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah,

Mujahid merujuk kepada tindakan Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden dan pengerusi PKR Pulau Pinang pada 17 Disember lalu.

Lihat Komen
ADS