Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq keluar parti jika ada pencuri sertai Bersatu

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata dia sendiri akan keluar parti sekiranya ada "pencuri dan perompak" dibenarkan menyertai Bersatu.

"Jika ada pencuri dan perompak sertai Bersatu, saya sendiri akan keluar parti.

"Saya tidak akan benarkan perkara seumpamanya berlaku dan saya fikir kepimpinan Bersatu 100 peratus setuju dengan perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Anggota parlimen Muar itu mengambil pendirian sama dengan pemimpin Bersatu lain seperti Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, bahawa individu yang meninggalkan Umno perlu ditapis.

Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan bahawa, bekas wakil rakyat Umno yang ingin menyertai Bersatu perlu mengisytihar harta dan menyatakan kekesalan mereka terlebih dahulu.

"Kita perlu memastikan bahawa mereka yang ingin bersama kita adalah yang boleh dipercayai dan mempunyai integriti.

"Jadi ada beberapa langkah (Sebelum mereka dibenarkan sertai Bersatu) tapi apa yang paling penting yang saya selalu tekankan adalah mereka tidak boleh mengkhianati rakyat," katanya.

Tambah Syed Saddiq, pihak yang ingin menyertai Bersatu juga tidak boleh mempunyai kes yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, Syed Saddiq juga menyatakan kebimbangan sekiranya Bersatu jadi seperti Umno dan menerima budaya politik wang.

"Ini yang saya tekankan. Tak mahu ada Umno 2.0

"Ada kriteria tegas yang dikenakan dan kita mahu memastikan budaya lama tidak berulang. Ini adalah jalan ke hadapan," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS