Hampir RM300,000 disalurkan untuk waris Adib
Hampir RM300,000 disalurkan kepada waris anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa dalam rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya baru-baru ini.
Ia disalurkan melalui Tabung Wira Merah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM).
Jumlah tersebut merupakan daripada manfaat kebajikan daripada Jabatan Bomba yang terdiri daripada Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB), Koperasi, Kesatuan, Skim Insurans Kelompok dan Persatuan Kebajikan sebanyak RM256, 356.
Sumbangan individu dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM12,158, JPBM sebanyak RM11,241 dan juga dari Pengerusi Yayasan Eco World sejumlah RM10,000.
Bantuan tersebut disumbang ketika Majlis Penghargaan Wira Merah di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya hari ini.
Adib tercedera ketika bertugas pada rusuhan di kuil tersebut lada 27 November dan disahkan meninggal dunia pada 18 Disember, jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

