Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB K'tan tak bantah Husam nak bentang marijuana untuk kesihatan
Diterbitkan:  Dec 29, 2018 1:38 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri tidak membantah hasrat Ahli Dewan Negara Husam Musa untuk membentang maklumat dan teknologi marijuana atau ganja untuk kesihatan.

Bagaimanapun beliau mencadangkan agar istilah 'ganja' tidak digunakan kerana ia sering dikaitkan dengan penagihan dadah.

“Kita tak ada masalah kalau ada pihak mahu membuat kajian tapi seeloknya cubalah cari nama lain.

“Penagih menyalahgunakan dadah, maka jatuh haram kerana memudaratkan kesihatan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian 28 Disember.

Ahmad Yakob mengulas kenyataan Husam yang berkata beliau sedia berbuat demikian kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat kajian.

Husam yang juga niab presiden Amanah berkata, terdapat satu spesis pokok marjuana yang boleh digunakan secara semula jadi untuk tujuan kesihatan dan tidak mendatangkan ketagihan.

Lihat Komen
ADS