Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shamsul: Pelantikan MPP mampu terajui PKR
Diterbitkan:  Dec 30, 2018 5:34 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Ketua Penerangan PKR yang baru dilantik Shamsul Iskandar Mohd Akin mempertahankan pelantikan jawatan utama parti yang dibuat presidennya Anwar Ibrahim.

Menurut Berita Harian, beliau berkata barisan yang diumum Anwar adalah isyarat jelas parti itu kini dipimpin mereka yang berkemampuan.

“Ia (kepimpinan pusat) sudah memberikan isyarat jelas bahawa kepentingan gandingan presiden dan timbalannya antara yang terbaik.

“Ia turut diyakini dengan kepemimpinan dan anggota parti bagi menerajui parti dalam tempoh menjadi kerajaan hari ini,” katanya seperti dipetik.

Shamsul yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan naib presiden selepas mendapat tempat kelima mengulas permintaan Mohamed Azmin Ali agar Anwar menilai semula pelantikan itu.

Azmin mendakwa ia tidak mencerminkan prinsip "perwakilan yang adil dan saksama" terhadap aspirasi anggota parti.

Shamsul juga berkata beliau yakin Anwar dan Azmin akan dapat menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyelesaikan isu itu.

Lihat Komen
ADS