Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Setiap orang boleh cabar jawatan presiden PKR

Mana-mana individu dalam PKR bebas untuk mencabar Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden parti itu pada masa akan datang, kata pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Setiap orang boleh cabar (presiden). Ia berlaku dalam mana-mana parti politik.

"Saya ingat dalam Umno pun dulu...(Ada pemimpin parti) yang cabar Onn (Jaafar)," katanya kepada pemberita selepas program Street Dakwah di Kuala Lumpur malam ini.

Hari ini, kolumnis The Star memetik sumber yang mendakwa Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali memberitahu Anwar "saya akan mencabar anda pada tahun-tahun mendatang" (I will go against you in many years to come).

Sumber itu juga mendakwa Anwar menjawabnya dengan "saya akan melawannya" (I will take you on).

Dakwaan itu susulan langkah Azmin untuk menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap pelantikan jawatan PKR yang diumum Anwar minggu lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS