Gangguan bekalan ubat ke hospital kerajaan
Kementerian Kesihatan hari ini mengakui berlakunya gangguan bekalan produk perubatan seperti ubat-ubatan tertentu di beberapa hospital kerajaan di negara ini.
Kementerian Kesihatan hari ini mengakui berlakunya gangguan bekalan produk perubatan seperti ubat-ubatan tertentu di beberapa hospital kerajaan di negara ini.
Namun, Timbalan Menterinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata gangguan bekalan itu tidak serius.
"Memang ada berlaku gangguan yang berpunca daripada pihak pembekal yang telah dilantik dan bukan disebabkan oleh syarikat pemegang konsesi," katanya ketika ditanya sama ada kementerian menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.
Syarikat pemegang konsesi, Pharmaniaga Berhad merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang juga anak syarikat United Engineers (M) Berhad dan telah mendapat konsesi bagi membekalkan pelbagai bekalan perubatan bernilai RM336 juta untuk tempoh 2004 hingga 2006.
Menurut Bernama, sebelum itu, Abdul Latiff merasmikan"Forum dan Pameran Perniagaan Industri Herba Cenar" di Auditorium, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

