Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 16,000 penjawat awam Johor terima RM1,000 esok
Diterbitkan:  Jan 1, 2019 3:13 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Seramai 16,511 penjawat awam negeri akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 esok (2 Januari).

Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Rohani berkata pemberian bantuan khas kewangan itu adalah seperti diumumkan Menteri Besar Johor Osman Sapian.

Azmi berkata pengumuman berhubung pemberian bantuan khas itu dibuat pada pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Persidangan Dewan Negeri baru-baru ini.

“Pemberian bantuan khas tersebut merupakan penghargaan di atas sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan oleh penjawat awam kerajaan negeri ini.

“Bantuan ini diberikan kepada semua penjawat awam termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru hari ini.

Penjawat awam yang terbabit boleh membuat semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018.

- Bernama

Lihat Komen
ADS