Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (MRB) Sankara N Nair berkata bekas perdana menteri Najib Razak seharusnya menjelaskan berhubung RM800 juta Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) yang dikaut daripada penjualan tanah MRB dan bukannya berdolak-dalih berhubung isu berkenaan.

"Jangan cuba kelirukan isu ini. Anda cuma ada satu soalan yang perlu dijawab - jelaskan di mana dan apa jadi pada RM800 juta berkenaan.

"Tak perlu berdolak-dalik dengan mengatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membina rumah murah, itu bukan apa yang dikatakan di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal hari ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok mendakwa kerajaan terdahulu di bawah Najib pada 2010 mengarahkan MRB menjual 2,800 ekar tanah di Sungai Buloh dengan harga di bawah pasaran iaitu RM1.5 bilion kepada ATNB.

ATNB yang dimiliki Kementerian Kewangan, kemudian didakwa menjual tanah berkenaan pada harga RM2.28 bilion kepada Kwasa Land, yang dimiliki KWSP, iaitu keuntungan RM800 juta.

Sankara turut hadir pada sidang media Kok hari ini.

Najib sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan dan isu itu hanyalah berhubung penjualan tanah oleh satu entiti kerajaan kepada entiti kerajaan lain.

Anggota parlimen Pekan itu juga berkata penjualan tanah kepada Kwasa Land akan membolehkan KWSP mendapat manfaat daripada pembangunan.

Memandangkan ATNB merupakan entiti di bawah Kementerian Kewangan, Najib juga meminta Kok menuntut wang itu daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

[Baca berita asal]