Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ribut Pabuk: 2,000 nelayan Perlis terjejas - exco
Diterbitkan:  Jan 4, 2019 5:02 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Sumber pendapatan kira-kira 2,000 nelayan di Perlis terjejas apabila mereka tidak dapat turun ke laut sejak lima hari lalu berikutan ombak besar kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri Nurulhisham Yaakob.

Menurutnya, keadaan air laut yang surut juga menjejaskan nelayan pantai kerana sumber ikan yang berkurangan.

“Nelayan yang membuat tangkapan di kawasan melebihi tiga kilometer dari pantai pula tidak berani ke laut disebabkan ombak tinggi kesan ribut tropika Pabuk,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas keadaan nelayan di negeri ini ekoran ribut berkenaan dari Laut Cina Selatan merentasi utara Semenanjung hingga ke perairan Perlis.​​​​​​​

Nurulhisham berkata kesan ribut itu dirasai di kawasan perairan Perlis menyebabkan para nelayan di negeri ini tidak berani mengambil risiko.

“Mereka kini hanya mengharapkan wang sara hidup RM300 sebulan daripada kerajaan untuk berbelanja namun tidak semua nelayan yang menerimanya” katanya.

Nurulhisham berkata pada masa ini hanya 550 nelayan di Perlis menerima bantuan sara hidup.

- Bernama

Lihat Komen
ADS