Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelan Induk PD: Anwar mahu maklum balas penduduk
Diterbitkan:  Jan 4, 2019 9:40 PM
Dikemaskini: 1:40 PM

Anggota Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim menggesa penduduk di kawasan peranginan itu memberikan maklum balas mengenai Pelan Induk Port Dickson pada masa akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata pelan itu bertujuan menyelesaikan isu yang telah dibangkitkan oleh penduduk dan pengguna media sosial sejak tiga bulan yang lalu.

"Saya harap moga Pelan Induk PD akan memulakan proses menangani pelbagai kebimbangan masyarakat Port Dickson.

"Ini adalah program pembangunan dan saya mengalu-alukan maklumbalas lanjut daripada pengundi saya," katanya.

Antara isu utama yang dikenalpasti setakat ini adalah pembersihan pantai, pembuangan air kumbahan, kesesakan lalu lintas dan menangani projek pembinaan terbengkalai.

Anwar mempengerusikan mesyuarat hari ini berhubung pelan induk itu bersama Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan bakal pelabur.

Beliau yang juga presiden PKR dipilih sebagai anggota Parlimen Port Dickson selepas pilihan raya kecil pada 13 Oktober lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS