Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KKM nafi caj RM100 pelajar sekolah kerajaan
Diterbitkan:  Jan 5, 2019 9:01 AM
Dikemaskini: 1:11 AM

Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan kononnya pelajar yang memasuki sekolah milik kerajaan dikenakan caj pemeriksaan kesihatan sehingga RM100, seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Setiausaha KKM, Dr Chen Chaw Min berkata semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1.

“Sekolah Asrama Penuh Kerajaan adalah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Kerajaan lain termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.

“Bagi pelajar Sekolah Swasta, caj pemeriksaan kesihatan akan dikenakan seperti mana orang awam iaitu sebanyak RM100.

“Ia merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine FEME selaras dengan Perintah Fi (Perubatan) 1982,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, seorang pengguna Facebook mendakwa perlu membayar caj RM111 untuk pemeriksaan anaknya yang akan memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.

Menurut catatannya yang dimuat naik, beliau dimaklumkan bahawa pengurusan hospital yang dilawatinya mendakwa bahawa caj berkenaan adalah polisi kerajaan baharu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS