Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis buru lelaki tampar wanita kerana tak dibenar beli lebih minyak masak
Diterbitkan:  Jan 9, 2019 12:33 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Pihak polis dilaporkan sedang memburu seorang lelaki yang didakwa menapar seorang juruwang wanita di sebuah kedai mini di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Akhbar The Star memetik Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan sebagai berkata, polis telah mengenalpasti lelaki yang menampar jurujual berusia 29 tahun itu.

“Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang.

“Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek," kata Anbalagan.

Sementara itu, portal Utusan Malaysia pula memetik juruwang wanita berkenaan, Athirah Mohd Aziz, yang mengesahkan dia ditampar kerana tidak membenarkan lelaki tersebut membeli minyak masak satu kilogram lebih daripada dua peket.

Menurut wanita berkenaan dalam video yang viral di media sosial, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja minyak yang diberikan subsidi tersebut.

"Dia masuk pusing-pusing, dia letakkan barang dekat sana. Kemudian dia kata, dia hendak tiga paket minyak masak.

"Saya kata tak boleh, sorang hanya boleh beli dua paket sahaja. Minyak paket pun ada sikit sahajakan. Kami nak beri pelanggan lain sama. Lepas tu dia tengking.

“Dia cakap perkataan kotor. Dia tak puas hati dia datang terus pukul saya," kata Athirah.

Menurut wanita itu, lelaki berkenaan menamparnya dengan kuat. Video dia ditampar yang dipercayai berlaku pada 8.40 pagi Selalsa turut tular di media sosial.

Lihat Komen
ADS