Malaysia jadi bahan ketawa di Bangkok
Terjemahan DAP menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menjelaskan kesilapan kenyataan mereka bahawa 130 pelarian Islam Thai telah dihantar pulang, yang telah menjadi Malaysia "bahan ketawa di Bangkok".
Terjemahan DAP menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menjelaskan kesilapan kenyataan mereka bahawa 130 pelarian Islam Thai telah dihantar pulang, yang telah menjadi Malaysia "bahan ketawa di Bangkok".
Selasa lalu, mereka telah tersilap memberitahu pihak media bahawa kesemua pelarian Islam Thai itu telah dihantar pulang, tetapi kemudiannya Abdul Ghani memohon maaf atas kesilapan tersebut dengan alasan ia disebabkan "masalah komunikasi".
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata mereka berdua perlu menjelaskan sebab berlakunya "masalah komunikasi" tersebut.
Lim mendakwa, kejadian tersebut elah menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa mengenai kualiti kepimpinan dan pentadbiran di negara ini.
Seramai 131 penduduk Islam Thai lari ke Malaysia Ogos lalu untuk mencari perlindungan daripada pergolakan di wilayah selatan. Malaysia menghantar pulang seorang daripada mereka Disember lalu, kerana dikehendaki disebabkan terbabit dengan pergerakan gerila Islam.
Tujuh jam terkeliru
Pelarian tersebut telah mencetuskan konflik diplomatik antara Thailand dan Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, dan kenyataan Radzi dan Abdul Gani itu telah menyebabkan para pegawai Thai berusaha mendapat pengesahannya.
Menurut Lim, kesilapan tersebut telah mengakibatkan berlaku kekeliruan selama tujuh jam di kedua-dua negara dan menjadikan kerajaan Malaysia sebagai "bahan ketawa di Bangkok".
Beliau juga berkata berita mengenai kesilapan itu"tidak disiarkan langsung oleh media arus perdana.
Kira-kira 1,000 orang terkorban sejak du atahun lalu berikutan pergolakan di wilayah selatan Thai yang membabitkan pihak pemisah Islam serta kumpulan penjenayah dan penyeludup. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.