Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kit Siang: Pencalonan Ramli beri kelebihan kepada BN
Diterbitkan:  Jan 10, 2019 1:16 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

PRK CAMERON l Peluang Pakatan Harapan untuk memenangi pilihan raya kecil Cameron Highlands kini semakin tipis susulan keputusan BN untuk mempertaruhkan calon langsung, Ramli Mohd Noor, kata pemimpin Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mengakui bahawa Ramli yang mempunyai kerjaya cemerlang sebagai seorang pegawai kanan polis dan adalah anak jati Cameron Highlands akan membawa kelebihan kepada BN.

Sehubungan itu, Lim berkata PH memerlukan "keajaiban" untuk mengalahkan BN di Cameron Highlands.

Bagaimanapun, Lim berkata adalah "sedih dan malang" bahawa BN dan Umno tidak meletakkan calon Orang Asli seperti Ramli ketika mereka berkuasa.

"(Jika Ramli jadi ahli parlimen BN) dia mungkin boleh menjadi timbalan menteri atau bahkan menteri penuh untuk menamatkan peminggiran masyarakat Orang Asli dan membawa mereka ke pembangunan arus perdana negara," tulis Lim.

Lim berkata pada masa lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan gagal memecahkan kitaran kemiskinan dan pemingiran oleh masyarakat Orang Asli.

"Malah dalam Jakoa, Orang Asli hanya menjadi Ketua Pengarah Jakoa sejak lapan bulan lalu, sementara kurang 22 peratus kakitangan Jakoa adalah dari masyarakat Orang Asli," katanya.

Ramli, 61, yang bersara sebagai penolong pesuruhjaya, adalah pegawai polis tertinggi Orang Asli dalam sejarah negara. Dia dibesarkan di Pos Mensun, Cameron Highlands.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS