Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mediasi gagal, kes saman RM4j Yeo terhadap Jamal akan dibicara

Saman fitnah yang difailkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin terhadap Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos akan dibicarakan April ini.

Hari ini peguam Yeo, Sankara Nair memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nik Hasmat Nik Mohamed bahawa tiada penyelesaian dicapai ketika proses mediasi kedua-dua pihak.

Susulan itu, Nik Hasmat menetapkan 21 Februari untuk pengurusan kes manakala 29 dan 30 April untuk perbicaraan.

Jamal diwakili peguamnya, Mohd Nasir Yusof.

Yeo memfailkan saman itu tahun lalu selepas Jamal mendakwa beliau menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) ketika menjadi Adun Damansara Utama.

Yeo berkata dakwaan Jamal itu telah mencemarkan reputasinya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM4 juta. 

Lihat Komen
ADS