Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib, Rosmah nafi berkonspirasi terhadap Deepak

Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menafikan dakwaan konspirasi untuk menipu saudagar permaidani Deepak Jaikishian berkaitan sebidang tanah bernilai tinggi di Bukit Raja.

Dakwaan itu dibuat dalam saman RM576 terhadap mereka dan dua pihak lagi.

Najib dan pasangannya berkata demikian dalam permohonan untuk mengetepikan saman Deepak yang difailkan pada 7 Januari.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes.

Boustead Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya Bakti Wira Sdn Bhd bulan lalu telah memfailkan permohonan berasingan untuk mengetepikan saman Deepak.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Shuhada Ramli menetapkan 4 April untuk mendengar permohonan mengetepikan saman itu di hadapan hakim Azimah Omar.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam David Mathews dan Cheryl Tan manakala Kenny Chan and Lai Wai Loong pula mewakili Boustead and Bakti Wira.

Deepak diwakili oleh Irzan Iswatt.

Deepak dalam samannya Oktober lalu mendakwa Najib, Rosmah, Boustead dan Bakti Wira telah berkonspirasi untuk campur tangan dalamn rundingan hartanah yang dikatakan menyebabkan syarikat Deepak rugi besar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS